TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMK DEMAK BARU 2011
PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH.
PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DATARAN SMK DEMAK BARU.
RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU.
MAJLIS MEMOHON TN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.
ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT
TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI GURU MARI RAIKAN.
BATU BERNAMA SI BATU BATA
TEMPAT HINGGAP SIBURUNG BALAM
GURU ITU IBARAT PELITA
MEMBERI CAHAYA SETIAP MALAM
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI
YG BERUSAHA
EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ,
PENGETUA SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI
EN.........................................................
YG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI,
PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN AKADEMIK
YANG DIHORMATI,
EN RAZALIE BADAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
EN SELAMAT BIN MASUNI, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS,
BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI ,KAKITANGAN SMK DEMAK BARU,AJK PIBG
DEMAK BARU. BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI.DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2011..”GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
BACAAN BACAAN DOA
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
ANAK KECIL PERGI BERBURU
TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.
UCAPAN WAKIL PELAJAR.
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU MEWAKILI PARA PELAJAR.IAITU SAUDARA.........................................................UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA .......................................... ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN
KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT
HARGAIKU SEPANJANG ZAMAN
AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.
UCAPAN PENGETUA
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TADA BERBICARA.
HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HAJI HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU DIPERSILAKAN .
TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.
JASAMU DIKENANG
BUDIMU TAK TERBILANG
SEMANGATMU DIJULANG
KEPIMPINANMU GEMILANG
MENJADIKAN KAMI CEMERLANG...
TERIMA KASIH CIKGU....
UCAPAN YDP PIBG
PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA EN.................................... YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ...................................................... ATAS UCAPAN ITU TADI.
UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
DEMIKANLAH TADI TEKS UCAPAN DARPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU JAMAL .
UCAPAN MENTERI PELAJARAN
SETERUSNYA PULA MAJLIS MENJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .
ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA
DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN
KASIH GURU AKAN MURIDNYA
MASA DAN TENAGA RELA KOBANKAN
BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU
BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DKETUAI OLEH EN ABDUL NASIR BIN MORNI .MOHON PARA GURU BERDIRI DI ATAS PENTAS …DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA ,LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYAYIAN BEBERAPA LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.
ACARA PEMOTONGAN KEK
SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA BAGI MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
PERSEMBAHAN MURID/GURU
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEBAGAI KENANGAN DIHALWA TELINGA KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN NYAYIAN YANG BERTAJUK “SELAMAT PAGI CIKGU”.
UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN PUAN KAMARIAH KUNGGI .SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.
SETERUSNYA PULA MARLAH KITA SAMA-SAMA SAKSKAN PERSEMBAHAN TARAN DARIPADA KELAB KEBUDAYAAN DI BAWAH PIMPINAN CIKGU SAIEE.
BEGITULAH SANTAPAN MATA YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG..SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..
MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN BERAGAM INI.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.
MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN…
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.BERBAKAT JUGA RUPANYA CIKGU KITA.SEMEMANGNYA SMK DEMAK BARU MEMPUNYAI RAMAI GURU DAN PELAJAR YANG BERBAKAT DALAM BIDANG SENI..DAN TAHUN INI KITA BERBANGGA SEORANG BEKAS PELAJAR IAITU AMIR TELAH BERJAYA MENJADI PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-9.
PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.
PENYAMPAIAN KAD UCAPAN/TANDA HATI KEPADA PENGETUA.
BERSENJATAKAN PENA KERAMAT
BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT
MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT
KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT
DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT
SEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMAT
DEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITI
KERANA SEMEMANGNYA..
GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN..
ACARA PADA PAGI YANG BERBAHAGIA INI DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN KAD-KAD UCAPAN HARI GURU DAN TANDA HATI DARIPADA BADAN BERUNIFORM KELAB DAN PERSATUAN KEPADA INSAN YANG KITA SAYANGI LAGI KASIHI PENGETUA SMK DEMAK BARU EN RAMBLI BIN HJ HASBI.
SEBELUM ITU MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT PENOLONG-PENOLONG KANAN BAGI MENGIRINGI TUAN PENGETUA KE PENTAS BAGI MENERIMA KAD-KAD DAN TANDA HATI DARIPADA WAKIL SETIAP KELAB DAN PERSATUAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DPERSILAKAN.
DIMULAKAN DENGAN WAKIL DARI
1.KELAB PENCIPTA ALAM
2.KELAB KOPERASI
3.KELAB KEUSAHAWANAN PPKI
4.PBSM
5.PENGAKAP
6.KRS
7.PERTAHANAN AWAM (KAFA)
8.PERTAHANAN AWAM (KAFA) PENDIDIKAN KHAS
9.PANDU PUTERI
10.PUTERI ISLAM
11.KADET BOMBA
DAN YANG TERAKHIR
12.KADET POLIS.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK DEMAK BARU ATAS TANDA INGATAN ITU TADI..SESUNGGUHNYA..BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERMA KASIH KAMI BUAT CIKGU..SEBENARNYA ADALAH TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU SELAMA INI.
TINGGI BUKIT SILANG GEMILANG
AIR PASANG TENANG-TENANGAN
BUDI SEDIKIT TIDAKKAN HILANG
DALAM HATI KENANG-KENANGAN
MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU” KEPADA BARISAN GURU YANG KITA SEMUA SAYANGI INI.
NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS,SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU “IBU PERTIWKU”
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
PENUTUP
AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG.SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN…
AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU
MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI KAWASAN LOBI.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI
SEKIAN.SALAM SEJAHTERA
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…