Biodata

Dato' Dr. Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Al-Saggof

Dato' Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof merupakan Pengasas Pusat latihan Pidato Profesional (PULAPI- PRO) dan Presiden Akademi Pidato Nusantara. Beliau lebih dikenali sebagai guru pidato dan pakar motivasi. Suara beliau sering berkumandang di corong Radio 1 RTM dan muncul di TV1 dalam rancangan Jendela Pagi, Inspirasi Pagi dan segmen motivasi Riak-riak Remaja. Beliau merupakan seorang Pengarah Pembangunan Perniagaan di FETC serta menjadi “Profesional Consultant Speaker” kepada beberapa buah syarikat korporat dan Jabatan Kerajaan.
Pernah menyandang “Juara Pidato” di dalam partisipasi pasentren Pidato Ageng Dharma Wijaya, Sumatera barat, Indonesia, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Penganjur Pertandingan Pidato Piala Merdeka anjuran Biro Penerangan UMNO Malaysia dan YKSM pada tahun 2004 di PWTC dan juga telah dilantik sebagai Hakim Pertandingan Akhir Debat Diraja 2007 antara Universiti Awam Malaysia di UITM serta Ketua Hakim pertandingan pidato IPG Malaysia Lembah Pantai dan Hakim pidato JAWHAR, JPM sempena bulan zakat kebangsaan 2008.
Dengan pengkhususan di dalam bidang “Humanitarian Organizational Behaviour” beliau telah dianugerahkan doktor falsafah sains kemasyarakatan serta memperolehi 'Certificate in Entrepreneurial Management Programme' dari University of New England, Australia. Beliau turut juga mengikuti program Pengurusan Organisasi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di UPM. Indian Board of Alternative Medicines telah menganugerahkan beliau dengan Doctorate in Science (Alternative Medicines).
Sebagai seorang fellow MII-Lutc (USA) beliau juga telah memperolehi Advanced Diploma Single Module in Marketing Management daripada Excel College of Training & Development (James Watt College of FHE, Scotland).
Pada tahun 2002, beliau menerima perlantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Majlis Perundingan Belia Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri dan juga merupakan seorang Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Cheras serta pernah menyandang jawatan Naib Pengerusi 1 Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2004. Pada 2007, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kehormat 11 Kospetra Sessi 2007/2008. Beliau menerima Anugerah “ Diamond Jubilee Medal ” daripada The Royal Life Saving Society, Canada pada tahun 2000.Pada tahun 2009 beliau dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa penasihat Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Antara pelbagai anugerah yang beliau terima termasuk “Top Group Sales Manager”, “MII Profesional Agent's Award”, “Million Dollar Agency Award” dan “IQ Award”, dalam industri insurans. Dianugerahkan “Top Motivator of the year 2000”, di MALIC III (The Malaysian Insurance Institute , beliau juga merupakan satu-satunya penceramah Bumiputera di 2nd Asia -Pacific Life Insurance Congress serta muncul sebagai 'The Best Motivator' ketika Agency Conference di World Trade Centre, Singapore. Beliau telah menerima anugerah “Tokoh Motivasi” dalam perhimpunan mega anak-anak JKK Perak pada Disember, 2006. Beliau juga dikenali sebagai “ Ikon Pidato Malaysia” oleh majalah SUKSES.
Beliau turut juga menulis di ruangan motivasi di akhbar dan majalah seperti Progress News, Frontline, Witti, Pesona, PA Magazine, Nur, Midi dan banyak lagi. Beliau juga seorang penulis buku motivasi. Antara buku-buku yang telah beliau tulis termasuk Belia Tunjang Negara, Yakin Boleh, Rahsia Usahawan Cemerlang, Semangat Akar Jaya, Rahsia Cemerlang di bidang Takaful, Motivasi Kecemerlangan Diri, Yakin Boleh, Teknik Berpidato secara Cemerlang, dll. VCD dan kaset beliau juga telah banyak berada di pasaran.